Pages - Menu

Friday, 22 August 2014

SALURAN DARAH KAPILARI TERSUMBAT


Jika dinding kapilari darah mengalami keradangan, maka bahan-bahan buangan badan yang dibawa oleh darah seperti toksik dan lemak-lemak tidak baik akan mudah melekat dan mengumpal pada kapilari darah. Lama kelamaan kapilari darah akan menjadi sempit dan tersumbat akibat darah beku. Inilah punca utama penyakit jantung dan darah tinggi yang dialami oleh bukan sahaja penduduk Malaysia malah juga penduduk seluruh dunia.

Dengan BERBEKAM dapat membersihkan salur kapilari dan mengelakkan ’inflamation’ iaitu keradangan pada dinding kapilari dan menjadikan kapilari darah lebih fleksibel dan bersih daripada benda-benda asing yang dibawa oleh darah.