Pages - Menu

Thursday, 29 October 2015

FROZEN SHOULDER


Minggu ini ramai pesakit mengadu sakit bahu @ frozen shoulder, ada yang sudah ke tahap mild stroke kanan dan ada yang terbaring sahaja.

Alhamdulillah, maklum balas daripada pesakit frozen shoulder yang sudah dibekam amat menggalakkan. Rawatan susulan dalam 2 minggu untuk melihat perkembangan pesakit.

Frozen Shoulder@ Bahu beku terjadi apabila tisu-tisu yang mengelilingi sendi bahu menjadi radang atau inflamasi. Kapsul bahu akan menebal, membengkak, dan mengetat disebabkan oleh gumpalan tisu-tisu parut yang membentuk di dalam kapsul. Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi kurang anjal atau tebal disebabkan oleh proses inflamasi yang berlaku di dalam sendi bahu glenohumeral Hal ini akan menyebabkan pergerakan sendi bahu menjadi terhad dalam semua arah.

P/s: Seperti lagu filem frozen "Let's It Go". Bebaskan daripada kesakitan.