Pages - Menu

Friday, 8 June 2018

MENGAPA LEPAS BEKAM TAK BOLEH DERMA DARAH?


Dalam pendermaan darah,keselamatan darah yang didermakan adalah sangat penting.

Pesakit yang berbekam terutama dengan cara yang tidak bersih mendapat risiko yang tinggi untuk penyakit berjangkit seperti Hepatitis dan HIV.

Terdapat "Window Period" biasanya selama 3 bulan di mana kuman hepatitis dan hiv tidak dapat dikesan.Untuk menjadikan keadaan benar-benar selamat,waktu dilanjutkan kepada 6 bulan.

Keadaan hampir sama juga dibuat untuk kes seperti pesakit selepas pembedahan di mana terdapat tempoh masa tertentu mereka tidak dibenarkan menderma darah.

Memandangkan sekarang ini sesiapa saja boleh praktis bekam,kita bimbang ada pembekam yang masih tidak bagus cara pengendalian darah dan isu klinikal,terutamanya ketika mengendalikan pesakit yang mungkin sahaja adalah pembawa virus berbahaya seperti HIV dan Hepatitis,memberi risiko jangkitan kuman kepada pesakit lain.

Sumber : Dr Ahmad Zuhdi Suradin
FB: Doc's Bekam Wellness & Training Center