Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Monday, 9 May 2011

On 15:59 by Faiz Al-Hadid in

Amalan bekam darah dahulunya biasa dilihat di tepi-tepi jalan, dan pengamal bekam sebegini biasanya mewarisi teknik bekam secara turun temurun. Tidak dinafikan teknik ini pernah dilabel sebagai perubatan jalanan kerana amalan kebersihan seperti peralatan serta cara darah kotor dilupuskan diragui.

Apapun jenis bekam yang dipilih, bagi yang berminat dengan rawatan ini, mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat serta kemungkinan termasuk pantang larang dan tahap kepakaran pengamal bekam. Beberapa perkara yang boleh berlaku ketika dan selepas bekam termasuk pitam, pening, kebas, pendarahan, lebam, kulit melecet, jangkitan, gatal-gatal, sakit bahagian bekam dan keguguran.


Pengamal bekam hendaklah bertauliah dan tahu apa yang dilakukan, mematuhi undang-undang perubatan mengikut Akta Perubatan 1971, memahami dan mengikut peraturan pengamalan, menjaga kebersihan dan tidak berbekam pada bahagian yang dilarang.


“Antara garis panduan pengamal yang bertauliah perlu mengikut Akta Perubatan 1971 seperti tidak boleh mengisytiharkan bahawa teknik ini boleh menyembuhkan penyakit yang mustahil untuk disembuhkan, selain tidak boleh menggunakan peralatan seperti doktor,” jelasnya yang mula berminat terhadap teknik bekam ketika menuntut di Hospital Besar Kalubowila Colombo, Sri Lanka Selatan pada 1999.

Terbaru, timbul cadangan Kementerian Kesihatan untuk menimbang menggunakan akta untuk menguatkuasakan peraturan pengamal bekam iaitu mereka perlu mendalami ilmu bekam sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum menjadi pengamal bertauliah.


Untuk kegunaan pengamal PT&K yang menjalankan perkhidamatan Bekam di Malaysia

Bagaimanapun, usul ini masih pada peringkat perbincangan disebabkan kebanyakan pengamal bekam di negara ini mewarisi teknik ini secara turun-temurun.

P/s: Dari segi sejarah, penggunaan teknik bekam paling awal dikesan melalui amalan kaum Nabi Lut yang membaling batu kepada orang asing yang memasuki ke kampung mereka. Pendatang yang luka kepalanya kemudian dikejar dan diminta membayar wang sebagai habuan kerana mengeluarkan darah dari kepala mereka.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN