Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Friday 20 October 2023

On 23:35 by Faiz Al-Hadid in

 

Alhamdulillah, hari ini Tuan Pengarah Drama yang mengalami bengkak kayap telah surut dengan cepat dengan kaedah rawatan berbekam.

Sekiranya ruam kayap ini timbul pada muka, ia mungkin akan melibatkan mata, saraf muka, atau telinga.

Dalam kes-kes tersebut, pesakit-pesakit kayap dinasihati untuk berjumpa dengan doktor segera kerana ruam kayap ini boleh mengakibatkan kerosakan mata yang berkekalan.

Penyakit kayap biasanya mengambil masa 3-5 minggu untuk pulih. Selalunya seseorang hanya akan menghidap kayap sekali sahaja dalam kehidupan. Penyakit kayap mempunyai 3 fasa jangkitan yang mempunyai gejala berlainan.

Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko mengalami kayap:

- Usia yang meningkat

- Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan oleh penyakit HIV atau rawatan kemoterapi dan ubat-ubat seperti steroid

#bekamsunnah #hijama

#bekamampang #cuppingtherapy

#bekamkl #alternativetherapies

#PrayForPalestine

Thursday 12 October 2023

On 14:33 by Faiz Al-Hadid in ,

 

Tempohari kat tv, kali ini Mr Walid dari Kedutaan Palestine datang buat rawatan. 
Dapat gift Palestine Muffler & disarungkan oleh beliau sendiri....

Beliau juga adalah customer regular di sini. Thank you Mr Walid

#bekamsunnah #hijama
#bekamampang #cuppingtherapy
#bekamkl #alternativetherapies
#PrayForPalestine

Saturday 25 March 2023

On 10:20 by Faiz Al-Hadid in ,




Hukum menderma darah dan berbekam ketika berpuasa adalah HARUS dan tidak membatalkan puasa.
Namun sekiranya menderma darah itu boleh melemahkan tubuh badan seseorang, maka hukumnya adalah MAKRUH.

On 10:11 by Faiz Al-Hadid in

 


Tidak Mampu Solat Terawih Kerana Sakit Otot? Jangan Bimbang..
Ini Solusinya, Boleh cuba 10 Titik Utama.
=======================
✅ We specialize in providing massage (urutan) and cupping therapy (bekam) services.
👫 Our services available for men and women.
📲 Booking Appoinment & Treatment Price:


Saturday 3 December 2022

On 12:02 by Faiz Al-Hadid in

 

Sebenarnya berbekam menggunakan mesin sedut tidak digalakkan kerana dikhuatir pelanggan anda ada masalah kelemumur atau jangkitan kulat (tinea capitis) di kulit kepala. 

Tinea capitis adalah nama untuk kurap yang menyerang kulit kepala. Kurap sendiri adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kulit tetapi juga boleh menjejaskan batang rambut.

Tinea capitis mempunyai ciri yang ditandai dengan munculnya tompok botak bulat yang kelihatan kering dan bersisik di kepala. Saiz bintik-bintik boleh berbeza-beza, besar dan kecil.

Penyakit ini termasuk dalam jenis penyakit kulit berjangkit . Jika anda tinggal bersama seseorang yang menghidap tinea capitis, kemungkinan anda dijangkiti penyakit yang sama adalah lebih tinggi. Jangkitan ini menyebabkan bahagian rambut di sekitar kawasan yang terjejas gugur, meninggalkan kawasan yang bersisik, botak dan merah.

Dalam kes yang lebih serius, tinea capitis boleh menyebabkan tompok kerion, besar, menyakitkan, meradang, dan bengkak pada kulit kepala. Kadang-kadang bengkak ini juga mengandungi nanah. Nanti kerion boleh melepuh dan mengeras.

Kemunculan kerion boleh menyebabkan tisu parut (lapisan pengganti kulit yang cedera) terbentuk di kawasan di mana rambut telah gugur.

Sebaiknya lakukan skin-prep (operasi bersihkan bulu/rambut) iaitu menggunakan mesin potong rambut atau gunting sedikit pada bahagian titik bekam yang perlu dilakukan. Ia lebih selamat, mudah dibersihkan serta mengurangkan risiko jangkitan berlaku.



PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN