Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Saturday, 7 March 2015

On 15:55 by Faiz Al-Hadid in ,

Adakah anda mengalami sakit pada bahagian tumit kaki?

Antara penyebab utama sakit dibahagian tumit ialah keadaan yang dikenali sebagai 'Plantar Fasciitis'.

Ia disebabkan radang pada bahagian lekatan asal tisu (tissue origin) 'Plantar fascii' yg terletak pada tumit kaki.

Ia paling teruk pada waktu awal pagi ketika mula-mula hendak bangun berjalan. Sakit akan berkurangan pada tengahari dan petang.

Lokasi sakit ini boleh di 'pin-point' dengan khusus. Apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut apabila anda menekan bahagian itu. 

Antara penyebab Plantar fasciitis ini ialah:

1. Berat badan berlebihan (overweight) atau obese
2. Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
3. Banyak berjalan atau berdiri lama

Ia boleh dirawat dengan cara berikut:-

1. Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa.

2. Mengurangkan berat badan.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN