Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

RAWATAN URUTAN

1. Urut secara signifikan dapat mempengaruhi sistem saraf, meningkatkan rangsangan dan pengaliran impuls saraf, melemahkan dan menghentikan rasa sakit dengan mempercepatkan proses pertumbuhan semula (pemulihan) saraf yang cedera, serta mencegah gangguan saluran darah dalam hal komunikasi dan bekalan.

2. Urut mempengaruhi jaringan tubuh untuk memperluaskan kapilari dan kapilari cadangan. Hal ini akan meningkatkan aliran darah ke rangkaian dan organ, meingkatkan proses pengurangan pengoksidaan, memudahkan jantung dan menyumbang kepada pengagihan semula darah dalam tubuh. Serta memberikan sedikit peningkatan jumlah trombosit, leukosit, eritrosit dan hemoglobin tanpa mengganggu keseimbangan asam-basa.

3. Urut mempercepat aliran getah bening yang meningkatkan pemakanan rangkaian, mengurangkan stasis pada sendi serta organ dan rangkaian lain.

4. Urut mempunyai kesan fisiologi yang berbeza-beza terhadap kulit dan fungsinya, seperti membersihkan saluran keringat, kelenjar minyak, meningkatkan fungsi rembesan, perkumuhan dan pernafasan kulit. Setelah diurut kulit akan menjadi lebih lembut serta meningkatkan pengaruhnya terhadap suhu (sensitivitinya menurun terhadap suhu sejuk).

5. Urut boleh membuat otot menjadi fleksibel, meningkatkan fungsi kontraktil yang mempercepat keluarnya metabolit (hasil metabolik). Hal ini bergantung dari seberapa kuat dan cepat urut yang dilakukan.

6. Urut membantu mengeluarkan cecair yang terdapat di dalam otot-otot dan memulihkan keadaan normalnya.

7. Urut membantu memperbaiki peredaran dan menurunkan tekanan darah. Kerana sirkulasinya membaik, maka seterusnya organ-organ yang ada di dalam tubuh akan berfungsi dan bekerja lebih baik.

8. Urut boleh membantu mengatasi kesakitan otot dangkal dan memperbaiki postur tubuh yang buruk, hal ini kerana urut boleh bekerja memanipulasi otot dan sendi.

Seseorang tidak perlu terlalu banyak mendapatkan urut. Kesan terapi dan santai yang didapatkan dari urut sangat baik untuk tubuh, oleh itu setiap orang perlu mendapatkan pengurutan yang akan memberikan banyak manfaat, terutama untuk ketenangan santai dan menghilangkan tekanan.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN