Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Saturday, 25 October 2014

On 12:22 by Faiz Al-Hadid in

Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang dihidapi hampir 80% masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan remaja dan orang dewasa. Masalah jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera.

Bukan itu sahaja, jika masalah jerawat yang dihidapi kronik, ia juga mampu memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan diri penghidap tersebut kerana seseorang yang mempunyai masalah jerawat terutama masalah jerawat kronik selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.

MASALAH JERAWAT SUKAR SEMBUH DAN BERULANG-ULANG

Faktor 1 : Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai kebanyakan pemakai bedak atau foundation yang bertesktur creamy atau two way cake, penggunaan kosmetik dengan kadar alkohol tinggi lebih berpotensi jerawatan, selain itu jarang membersihkan wajah setelah penggunaan kosmetik juga menjadi punca terjadinya jerawat.

Faktor 2 : Hormon berperanan sangat besar dalam pembentukan jerawat. Maka tidak heran, ketika menjelang haid kulit sering muncul jerawat, karena pada saat itu hormon tidak seimbang. Hormon pada jerawat disebut hormon androgen. Androgen meninggi saat masa pubertas, mendekati kitaran haid dan stress. Hal ini juga yang menyebabkan banyak remaja usia 15-20 th tumbuh jerawat, asal di rawat dengan produk yang sesuai maka jerawat akan berkurang dengan sendirinya

Faktor 3 : Gaya hidup yang tidak sihat menjadi salah satu faktor timbulnya jerawat. Orang yang suka minum alkohol, perokok, kurang istirahat dan stres, boleh meningkatkan hormon androgen. Androgen dapat meningkatkan produksi kelenjar minyak, jadi ketika gaya hidup tidak sihat maka aktivitinya bertambah. Maka minyak boleh tersumbat, apalagi jika di permukaan kulit tertutup oleh make-up maka akan meradang dan timbul jerawat.

Faktor 4 : Makanan adalah juga penyebab semua penyakit asalnya dari perut, terlalu sering mengkonsumsi makanan berlemak dan makanan dengan kadar gula tinggi seperti aiskrim juga merupakan penyebab munculnya jerawat.

Faktor 5 : Genetik @ Aliran Darah adalah faktor penyebab jerawat yang merupakan turunan dari orangtua. Ketika orangtuanya berjerawat, maka aktiviti kelenjar minyak si anak menjadi lebih produktif, sehingga jerawat akan sangat mudah timbul, kes seperti ini sangat paling sukar untuk diubati.

Faktor 6 : Pesekitaran Udara yang terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan seperti asap kereta.

Faktor 7 : Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat dalaman untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.

P/s: Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN