Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Saturday 29 November 2014

On 10:30 by Faiz Al-Hadid in


Dato Raymond mempunyai masalah keguguran rambut, dia mendapat tahu bahawa sahabat beliau yang mengalami masalah keguguran rambut telah pulih dengan berbekam dan kini Dato Raymond juga ingin mencubanya.

Setelah berbekam, hasilnya dalam beberapa hari. Rambut-Rambut halus mulai tumbuh.

Ada beberapa faktor/punca disebabkan keguguran rambut:

1. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.

2. Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan kepada rambut gugur.

3. Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.

4. Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

5. Mempunyai masalah angin badan yang serius.

6. Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

7. Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

P/s: Berbekam dapat merangsang saraf dan mengeluarkan darah yang bermasalah di bahagian kepala.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN