Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Tuesday, 2 December 2014
On 21:38 by Faiz Al-Hadid in Bekam
Kes pesakit dari Melaka, memberitahu kami bahawa mereka telah menjalani rawatan perubatan Islam kerana disihir, perut dan kakinya telah bengkak selama 2 bulan lebih.
Mereka meminta kami untuk melakukan BEKAM RUQYAH ke atasnya. Lalu kami lakukan Ruqyah Asas, memang terdapat gangguan sihir akibat daripada santau makan.
Proses selanjutnya kami mula buat rendaman kaki selama 15 minit untuk mengecutkan bahagian kaki yang bengkak dan membekam di bahagian perut dan kakinya. Apabila ia dibekam di bahagian perut, kaki dan peha, hanya cecair putih yang memenuhi serta darah yang likat dan ber"jelly". Memandangkan ia adalah masalah fizikal bukan rohaniah, maka kami membuat surat untuk mohon pemeriksaan rawatan lanjutan di klinik atau di hospital.
Alhamdulillah, pihak hospital Sg Buloh telah membenarkan pesakit tersebut dan dimasukkan wad untuk dapatkan rawatan lanjutan. Simpton penyakitnya:
a.) Edema - Kaki Bengkak
Pengumpalan cecair dalam tisu kaki "peripheral Cedema"
b.) Ascites - Perut Bengkak @ Busung Air.
Pengumpalan cecair dalam ruang di antara lapisan organ-organ abdomen dan bahagian abdomen-rongga perifoneal
P/s: Dengan gabungan ilmu perubatan moden dan perubatan komplimentari dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan izin Allah S.W.T.