Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Friday, 13 March 2015
On 11:25 by Faiz Al-Hadid in Bekam
Pesakit dari Klang ingin mendapatkan rawatan bekam untuk membuang bisul yang sedang bengkak dan rasa sakit di bahagian lututnya. Dengan berbekam ia dapat menghisap (menyedut) segala darah yang kotor dari bahagian bisul tersebut. Hasilnya bengkak bisul mulai surut, pesakit berasa lega.
BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.
Biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.
Sekiranya berlaku jangkitan peringkat awal, ia dipanggil cellulites - sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga manakala peringkat lebih serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi.
Simptom utama proses keradangan atau jangkitan adalah kemerahan, panas, bengkak dan rasa sakit. Ia bukan saja terbentuk pada sebarang tisu pejal pada permukaan kulit, malah sering juga berlaku pada organ dalaman seperti paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.
DARI SEGI PEMAKANAN
Pesakit perlu mengamalkan diet seimbang disarankan bagi mempercepatkan penyembuhan.
Terlalu banyak pantang larang dalam masyarakat seperti telur, ayam, udang, ikan dan telur yang dipercayai menyebabkan kegatalan dan melambatkan proses surut. Ironinya untuk sembuh, ia memerlukan hemoglobin, albumin serta Vitamin C dan semua nutrien ini terkandung dalam diet yang disebutkan itu.
PETUA RAWATAN TRADISIONAL
Bawang putih
Ia sangat baik untuk luka yang bernanah,dengan menempelkan bawang putih yang telah dilumatkan ke luka yang telah bernanah, atau mencuci luka dengan bawang putih, namun rasanya sedikit pedih kerana bahan aktif aliisin berfungsi sebagai antibiotik yang menghalang pembentukan kulit,kuman dan bakteria.
Kunyit
Boleh diminum atau disapukan. Boleh mencuci darah, melancarkan aliran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.
PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN
Search
PAGESVIEWS
124,646
ARTIKEL TERKINI
- 14.04.2016 - Comments DisabledAlhamdulillah, semakin ramai pesakit memilih pakej BEKAM 20cup + UrutanTitik Saraf. Urutan bermula…
- 26.05.2016 - Comments DisabledDi Amerika, kini teknik rawatan cupping untuk slimming kian popular.Tumpuan utama titik bekam adalah…
- 01.11.2017 - Comments DisabledUntuk para pelanggan yang membuat rawatan Bekam Full Body, kami akan memberikan makanan kesihatan Garlic…