Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Saturday, 1 November 2014

On 22:36 by Faiz Al-Hadid in

KOTA BHARU- Buat julung kalinya seramai 23 juru bekam berpengalaman dari seluruh negara mendapat pengiktirafan apabila memperoleh Diploma Eksekutif Keusahawanan Islam (Juru Bekam Klinikal) dari Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, semalam.

Penyelaras Program Juru Bekam Klinikal, Profesor Dr Ab Aziz Al Safi Ismail berkata, ia adalah usaha bagi memperkasakan lagi juru bekam yang sudah berpengalaman lebih dua tahun dalam bidang tersebut.

“Walaupun sudah berpengalaman mereka (juru bekam) tidak mengikuti kursus berstruktur, sudah wujud agak lama namun mereka tiada sijil seolah-olah tidak diiktiraf sebagai rawatan alternatif.

“Kita mahu melihat aktiviti bekam ini dilakukan selaras dengan penemuan dan bukti saintifik yang diperoleh hasil kajian selama dua tahun di mana rawatan ini cukup berkesan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu,” katanya demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian diploma program anjuran Kluster Perubatan Tradisional dan Integratif Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dengan kerjasama Akademi Usahawan Islam.

Turut serta, Penaung Akademi Usahawan Islam, Datuk Dr Mohd Zamri Mohd Salleh dan Presiden Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (Perhijam), Dr Abd Halim Basri.

Program tersebut berlangsung 27 hingga 31 Oktober di Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar (BPSP) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selama lima hari.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga sudah bersedia mengadakan klinik bekam di hospital namun ia masih belum dilaksanakan ekoran kekurangan juru bekam profesional.

“Juru bekam di negara ini tidak ramai malah mereka juga tiada sijil, sebab itu kita adakan kursus berstruktur berikan sijil dan latihan sempurna ajar cara bekam yang baik.


“Kita memerlukan 5,000 juru bekam klinikal untuk menampung keperluan hospital di negara ini, di HUSM juga sudah ada cuma seminggu sekali ia sebagai alternatif untuk merawat penyakit kencing manis selain makan ubat,” katanya.


Sumber: Sinar Harian - Kelantan 1/11/2014

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN