Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Monday, 27 October 2014

On 12:54 by Faiz Al-Hadid in

Anas bin Malik ditanya orang mengenai mata pencarian tukang bekam, maka katanya, 
Rasulullah S.A.W berbekam dan yang membekamnya itu ialah Abu Thaibah, maka disuruhnya memberi dua sukat makanan dan berbincang dengan majikannya hingga mereka mengurangkan cukainya.

Dan sabdanya, "Sesungguhnya cara yang paling utama bagi kamu untuk berubat ialah dengan berbekam atau ia adalah ubat kamu yang paling utama".(Riwayat Syaikhan - Bukhari dan Muslim-sementara lafaznya dari Muslim)

Kupasan/Huraian Hadis di atas
Seperti yang dikatakan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Muslim, hadis ini juga membenarkan berbekam dan ia merupakan ubat yang paling utama. Di samping dibenarkan berubat dan menerima upah dari pengubatan, juga bertindak sebagai perantara kepada pemilik hak-pembekam dan pesakit untuk meringankan beban seseorang. Dan dibenarkan mengambil upah berdasarkan persetujuan bersama.

Sumber: Sunnah Dalam Hadis-Hadis Mengenai Penyakit, Ketabiban dan Pakaian.

Sementara Hadis lain mengatakan:

[ احتجم النبي صلى الله عليه و سلم وأعطى الحجام أجره ولو علمه حراما لم يعطه ] متفق عليه

“Nabi SAW berbekam kemudian memberikan upahnya kepada tukang bekam. Andaikan tahu kalau upah bekam itu haram, pasti beliau tidak memberikannya.” (muttafaq alaih)


P/s: Tidak dibenarkan iaitu mengambil upah terlalu tinggi. Tugasan perawat sekadar mengeluarkan darah kotor sahaja. Manakala upah dibayar di atas dasar masa membekam,peralatan klinik dan premis pusat rawatan.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN