Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Saturday, 24 January 2015

On 12:56 by Faiz Al-Hadid in

Pesakit mengadu kerap sakit/kebas di bahagian kiri. Setelah diperiksa@diagnos, pesakit mengalami simptom stroke minor sebelah kiri.

Strok biasanya dialami golongan lebih berusia dengan beberapa faktor antaranya tahap kolesterol yang tinggi, darah tinggi dan kencing manis. 

Walaupun dikatakan penyakit ini banyak dihidapi golongan berusia, golongan muda juga tidak harus mengabaikan penjagaan kesihatan mereka.

Antara gejala awal strok:
  • Lemah di bahagian badan dan muka sama ada di sebelah kanan atau kiri.
  • Pesakit akan menjadi susah bercakap dan pelat kerana bahagian mulut atau muka akan menjadi senget.
  • Penglihatan kabur dan kurang jelas.
  • Apabila pesakit kena serangan strok, komplikasi utama ialah otak gagal berfungsi dengan baik dan tidak boleh mengawal badan mereka. Ini menyebabkan otak terganggu dan susah untuk menelan makanan.
  • Sistem paru-paru juga menjadi lemah kerana kuman mudah masuk ke dalam paru-paru.
  • Kebiasaan komplikasi jantung tidak akan berhenti dan pernafasan masih ada, namun sekiranya tidak dirawat dengan cepat, ia boleh mengakibatkan maut.
=====================================================================
Dengan berbekam ia dapat mengeluarkan darah yang bermasalah yang mungkin akan mengakibatkan sistem saluran darah tersumbat dan ia juga dapat memberikan aliran darah menjadi lancar.

Ia juga dapat dapat mengurangkan tekanan pada pembuluh darah yang boleh mengakibat punca penyakit darah tinggi.

Amalkan permakanan yang sihat serta elakkan mengambil makanan yang berlemak dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan berat badan dan luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk bersenam.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN