Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Thursday, 22 January 2015
On 12:29 by Faiz Al-Hadid in Bekam
Bacaan BMI 44.1 Peringkat Obesiti Tahap 3. Pesakit ini menghadapi penyakit Edema@Bengkak Air di bahagian kaki, Seperti biasa, bila dibekam ia akan mengeluarkan cecair putih dan darah beku (Jelly). Selepas dibekam, kami sarankan pesakit ke hospital dan membuat surat permohonan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Pembengkakkan kaki /edema dihasilkan oleh pengumpulan cecair dalam tisu kaki dikenali sebagai peripheral oedema. Punca-punca penyebabnya seperti berikut :
- Kegagalan ginjal/ buah pinggang secara akut / kronik
- Penyakit tisu jantung (cardiomyopathy)
- Pembuluh darah kurang berfungsi yang kronik (chronic venous insufficiency)
- Kegagalan jantung
- Sistem limfa yang tersumbat (lymphedema)
- Penyakit buah pinggang (Nephrotic syndrome)
- Ubat tahan sakit (non-steroidal anti-inflammatory drugs/ NSAIDs), contohnya : ibuprofen
- Ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes dan darah tinggi
- Duduk atau berdiri terlalu lama
- Darah beku biasanya di bahagian kaki (thrombophlebitis)
P/s: Pemeriksaan Body Mass Index (BMI) – Kegemukan berkait rapat dengan sleep apnea dan venous insufficiency