Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Monday, 27 April 2015
On 13:27 by Faiz Al-Hadid in Bekam
Satu penyebab sakit yang biasa terjadi pada bahu kita adalah kecederaan atau terkoyaknya urat tendon rotator bahu. Urat rotator bahu membabitkan empat otot yang membentuk satu manset di keliling bahagian kepala tulang lengan (humerus).
Otot itu adalah otot supraspinatus yang melekat pada bahagian atas bahu, otot subscapularis (pada bahagian depan bahu), otot infraspinatus dan otot teres minor yang melekat pada bahagian belakang bahu.
Urat tendon rotator diselaputi oleh tisu bursa untuk melindunginya daripada permukaan tulang ketika menggelungsur. Sendi bahu adalah berbentuk soket dan bola yang terbentuk dari tulang glenoid (soket) dan tulang humerus.
Dibanding dengan sendi lain dalam badan kita, sendi bahu adalah satu-satunya sendi yang boleh bergerak dalam putaran 360 darjah.
Urat rotator bahu inilah yang membantu kita menggerakkan lengan kita dalam bentuk bulatan seperti ketika berenang, membaling bola, mengangkat barang melepasi paras kepala dan ketika memakai jaket.
Satu daripada otot ini iaitu otot supraspinatus yang berada pada kedudukan atas bahagian bahu sangat terdedah kepada kecederaan kerana kedudukannya di antara tulang akromion dan kepala tulang humerus.
Kecederaan ini boleh menyebabkan radang pada urat tendon supraspinatus (tendonitis) atau radang pada selaput bursa (bursitis).
Urat tendon terkoyak juga boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil sindrom bahu terhimpit, satu keadaan di mana urat tendon terhimpit antara tulang akromion dan kepala tulang humerus ketika pergerakan mengangkat lengan ke paras bahu. Keadaan ini menyebabkan bahu berasa sakit dan pergerakan sendi bahu menjadi terhad.
Sakit akan bertambah teruk jika pesakit mengangkat tangan yang sakit itu ke atas dan meluruskannya atau ketika lengan itu diturunkan ke bawah selepas mengangkatnya lurus melepasi belakang kepala.
Perbuatan biasa seperti memakai baju dan menyikat rambut boleh menyebabkan kesakitan sehingga pesakit sukar menguruskan diri sendiri.
Sakit bahu itu boleh menjadi terlalu kuat pada waktu malam sehingga pesakit susah hendak tidur atau tidak cukup tidur kerana kesakitan bahu yang sangat kuat itu menyebabkan mereka terjaga di tengah malam.
Pesakit juga mengadu bahu mereka lemah dan sukar melakukan kerja harian. Kadangkala pesakit mengadu sendi bahu mengeluarkan bunyi ‘meletup’ ketika mereka menggerakkan bahu berkenaan.
Pesakit selalunya mengalami sakit bahu yang sangat kuat apabila berlaku kecederaan dan sakit selalunya berkurangan selepas beberapa minggu.
P/s: Jika sendi bahu rosak seperti dalam keadaan osteoartritis, doktor akan mencadangkan pembedahan ganti sendi dengan prostesis sendi songsang.