Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Saturday, 25 April 2015

On 13:27 by Faiz Al-Hadid in ,

Di India, amalan Bekam Ala India boleh ditemui di pinggir-pinggir jalan kawasan Delhi. Pesakit diharuskan berdiri dan berjemur di bawah sinar matahari selama 1.5 jam supaya aliran darah lebih lancar. Kemudian pesakit, masih dalam posisi berdiri, dililit tali bermula dari bahagian pinggang hingga kaki, kemudian dilakukan pemotongan menggunakan pisau cukur. Salah satu pemilik praktik bekam ala India tersebut adalah Hakim Ghyas. 

Setiap harinya ia melayani ratusan pesakit. Lelaki berusia 79 tahun itu mendakwa teknik bekam yang dilakukannya boleh merawat hampir semua jenis penyakit artritis, penyakit jantung, bahkan kanser darah peringkat awal. 

Dalam sebuah wawancara dengan CNN, Ghyas mengatakan amalan perubatan yang dilakukannya itu memungut bayaran secara sukarela kerana kebanyakan pesakit adalah orang miskin . 

Untuk membiayai kehidupannya sehari-hari, Ghyas bergantung pada gaji anak laki-lakinya yang bekerja sebagai penjaga kedai, sementara anaknya yang lain mengikuti jejaknya dan membantu amalan bekam.

Penyelidikan telah dilakukan untuk mengetahui manfaat dari kaedah bekam. Salah satunya adalah yang dilakukan terhadap 60 orang gemuk yang rutin melakukan bekam. Ternyata bekam boleh menurunkan tekanan darah dan kolesterol jahat, serta meningkatkan kadar kolesterol baik. 

Hasil kajian yang dimuatkan dalam BMC Medicine tersebut cukup mengejutkan.Kajian lain yang dimuatkan dalam Journal of the American Medical Association juga menyebutkan orang yang menderma darahnya setiap 6 bulan sekali lebih jarang terkena serangan jantung dan stroke. Para ahli menduga manfaat kesihatan tersebut kerana kadar zat besi dalam darah berkurangan. Kadar zat besi yang tinggi berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan pembuluh darah. Terapi sedut darah menggunakan lintah yang sangat popular di Inggeris juga didakwa boleh mengurangkan rasa sakit lutut akibat arthritis. Kajian lain menyatakan kesakitan saraf akibat penyakit herpes boleh dikurangkan selepas lintah menyebut darah tersebut.

P/s: Teknik Bloodletting juga telah lama digunapakai oleh orang-orang dulu.


PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN