Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Tuesday, 21 April 2015
Setiap tiga bulan, sel-sel darah merah dalam tubuh yang mengandungi lebihan asid urik, toksin dan sel-sel darah merah yang rosak akan mati. Sel-sel darah yang kotor ini akan berkumpul pada lapisan bawah kulit sebelum ia dikumuhkan. Sel-sel ini pula akan digantikan dengan sel-sel darah merah baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Sel-sel darah yang kotor dan gagal dikumuhkan akan mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat.
Ia akan mengganggu sistem dalam badan dan menyebabkan badan lesu, letih, pening, murung dan sebagainya dan apabila berlakunya simptom-simptom ini, pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, strok, gout, diabetes dan barah mudah diperolehi.
Amalan berbekam ini berkesan untuk menghindarkan penyakit dalam tubuh badan
Dari Anas radhiallahu anhu, bahawasanya Rasullah S.A.W bersabda: “Sebaik-baik rawatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah berbekam. Sesungguhnya hal berbekam itu menjadi ubat untuk 72 jenis penyakit”. (Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menggalakkan rawatan berbekam dalam kehidupan kerana kelebihan berbekam yang boleh membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Agama Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan dan Rasullah S.A.W sendiri telah menyenaraikan beberapa jenis ubat seperti madu, tanaman herba dan bekam sebagai salah satu penawar.
P/s: Darah bersih dan terhindar daripada toksin berwarna merah terang dan cair, sebaliknya darah bertoksin biasanya berwarna merah kehitaman dan pekat serta likat (berjelly).