Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Thursday, 11 September 2014

On 11:52 by Faiz Al-Hadid in

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan untuk badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor (toksin) dalam badan.

Jika perjalanan darah yang membawa zat makanan akan tersekat dan terhalang, kekotoran dan endapan yang ada akan tersumbat di dalam saluran darah. Maka organ tubuh badan akan terganggu. Lalu timbullah penyakit.

Salah satu punca seseorang terkena penyakit kaki adalah disebabkan tersekatnya pengaliran darah pada anggota organ tubuh seseorang melalui picitan dan urutan di 60 tempat titik akupunktur di kawasan tapak kaki beberapa penyakit tertentu dapat di pulihkan seperti senggal-senggal sendi, selesema, sakit kepala dan sebagainya.

Lancarnya perjalanan darah maka sihatlah badan kita.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN