Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Thursday, 11 December 2014
On 14:43 by Faiz Al-Hadid in Info
Darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen akibat edaran darah terjejas oleh darah yang likat, salur darah sempit / tersumbat & faktor psikologi yakni stress. Ia disebabkan paras LDL & lemak / triglyceride tinggi, HDL rendah yg boleh meningkatkan kedua2 tekanan sistolik & diastolik. Darah juga lebih berasid akibat lemak trans sintetik (HVO), pengambilan makanan terproses oleh kilang (highly refined processed foods) yang lebih bersifat asidik (berbanding whole foods yg lebih berserat, mineral, vitamin, berkhasiat nutrisi & antioksidan), kurang mengambil makanan & minuman beralkali seperti buah & sayuran segar, makanan yg banyak bahan kimia, mengambil ubatan kimia yang lama, merokok, tekanan emosi dan sebagainya.
Ini boleh menyebabkan pengumpulan bahan toksik yang berlebihan dalam darah dan seterusnya mengakibatkan sakit-sakit badan, sakit kepala / migrain / pening, sakit belakang & pinggang, slip disc, lenguh, kebas, tidur tak lena, kelesuan & lemah badan, cepat letih, selalu mengantuk terutama lepas makan & semasa memandu, sakit otot, sesak nafas, nafas tercungap terutama bila naik tangga atau kerja fizikal/senaman, banyak angin, sembelit atau diarea, lemah penghadaman, hilang daya tumpuan, cepat marah dan sebagainya.
Darah boleh mengandungi lendir, lemak/berminyak & berbuih bila keadaan ini semakin teruk akibat paras LDL, lemak, bahan toksik/kumuh & keasidan darah yg semakin meningkat. Paras oksigen darah semakin menurun. Molekul radikal bebas yg degenaratif merosakkan sel2, tisu2 dan fungsi organ mula terjejas serta menunkkan tanda2 penyakit. Salur darah semakin sempit dan boleh terjadi sumbatan. Bekalan darah & oksigen kpd sel, tisu & organ berkurangan serta terganggu. Jika sumbatan berlaku pada otot jantung & otak, strok boleh berlaku.
Manakala Darah yang cair dari segi warna (kurang merah) dan juga kelikatan disebabkan kurang sel darah merah dan/atau hemoglobin dipanggil anemia. Tekanan darah boleh turun rendah daripada normal. Bila luka, darah susah keluar pada mulanya atau keluar sedikit sahaja. Kulit terutama bahagian muka kelihatan pucat & tak bermaya. Cepat letih, sukar bernafas, nafas tercungap akibat kurang oksigen, pening pusing / bergoyang, sakit kepala terutama bahagian belakang kepala.
P/s: Pengambilan air stevia dapat mengembangkan saluran darah dan menjadikan aliran darah lancar dan tekanan darah menurun.