Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Thursday, 18 June 2015

On 02:19 by Faiz Al-Hadid in

Kebanyakkan wanita sering kali memberitahu mereka tidak perlu buat bekam kerana;

"Kami sudah ada haid, maka tidak perlu buat bekam. Darah kotor akan keluar setiap kali kitar haid berlaku".

Lalu saya katakan pada mereka, Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. (Haid hanya untuk Proses Persenyawaan bukan untuk buang semua darah kotor yang berada di dalam tubuh badan mereka) 

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza. Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.

Sesetengah perempuan akan mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kesan kitaran haid pada sistem saraf.
Sesetengah wanita dengan pengalaman neurologi mengalami peningkatan aktiviti pada masa yang sama setiap bulan. 80 peratus wanita dengan epilepsi mengalami peningkatan serangan kekejangan berbanding biasa dalam fasa kitaran mereka apabila progesterone menurun dan estrogen meningkat.

Bekam amat sesuai untuk meredakan kesakitan di saat datangnya haid @ period.

Untuk wanita uzur, haid@period, bekam boleh dilakukan setelah 4 hari ke atas datang haid.
Hormon wanita tidak semua sama, ada yang tahan sakit dan ada yang lemah.
Jika dibekam pada awal haid, khuatiri badan menjadi terlalu lemah.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN