Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Wednesday, 28 October 2015

On 11:55 by Faiz Al-Hadid in

Pesakit mengalami bisul pada bahagian ketiak, dan meminta buat rawatan bekam.

Bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel (Bisul Raja).

kami sekadar share sedikit petua tradisional dan juga moden untuk mengubati masalah BISUL.

Petua Tradisional mengubati Bisul
==========================
1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

P/s: Sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, terutama mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun yang tertekan, acne (jerawat) atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN