Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Monday, 30 November 2015

On 13:05 by Faiz Al-Hadid in ,

Bagi mereka memiliki parut atau luka bekas jerawat terutama di wajah dan badan sangat tidak menyenangkan, dan sangat mengganggu. Tidak hanya mengurangi kecantikan, parut jerawat dapat menurunkan keyakinan diri seseorang.

BERBEKAM bertujuan untuk meningkatkan:-
→ Peredaran darah dan metabolisme sel
→ Antioksidan serta mengikis sel-sel kulit mati
→ Merangsang pembentukan sel baru
→ Membantu proses penyerapan oksigen ke dalam kulit.
→ Mengecilkan liang pori-pori.
→ Memperbaiki penampilan kulit yang tidak rata akibat bekas jerawat.

Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara enam ke lapan minggu.

Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja . Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk. Kami boleh memberi beberapa tip dan panduan untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai antioxidan yang tinggi .

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur .

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.

Jangan memicit jerawat atau parut jerawat . Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku

P/s: Vitamin C yang terkandung dalam jus lemon memicu proses kimia yang membantu peluruhan kulit dan sel kulit mati. Penggunaan jus lemon pada kulit juga membantu meratakan warna kulit lebih cepat dan menyamarkan warna hitam pada bekas jerawat.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN