Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Sunday, 22 November 2015

On 12:58 by Faiz Al-Hadid in

Kadangkala sakit Leher@Tengkuk ini mengganggu prestasi kita seharian sehinggakan emosi kita juga akan turut berubah.
=========================
Punca Sakit Leher @ Tengkuk
=========================
- Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.(Menghadap komputer)
- Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
Berdiri terlalu lama.
- Penggunaan bantal yang tidak sesuai. (Terlalu tinggi dan keras)
- Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
- Duduk membongkok di kerusi.
- Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
- Wanita yang memakai kasut bertumit tinggi.

=========================
Cara Untuk Mengelak Sakit Tengkuk
=========================
- Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
- Kekalkan postur yang baik ketika duduk dan berdiri.
- Apabila mengangkat barang, bengkokkan sedikit belakang, lutut dan pinggul anda.
- Jika memandu jauh, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
- Bagi wanita, elakkan memakai kasut tumit tinggi. Memadai dengan memakai kasut bertumit rendah.
- Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
- Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
- Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.

P/s: Penyebab sakit tengkok kronik yang paling kerap berlaku ialah muscle starain yang disebabkan oleh salah postur atau penggunaan otot yang berlebihan.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN