Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Friday, 4 December 2015

On 13:12 by Faiz Al-Hadid in ,

PERNAHKAH anda mengalami rasa sakit-sakit atau ketidakselesaan di bahagian belakang atau yang berhampiran pinggang? Biasanya anak-anak disuruh berdiri di atas badan bagi meredakan kesakitan yang dialami..:)

JENIS SAKIT BELAKANG
* Akut 
* Kronik

Sakit belakang akut berlaku apabila terdapat kecederaan pada otot atau urat selepas melakukan apa juga aktiviti.

Manakala sakit belakang kronik lebih kerap berlaku di kalangan orang tua, kerana kehausan kusyen di samping sakit belakang akut yang tidak dirawat dengan baik.

TANDA-TANDA
================================
Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).

Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat ada kalanya menimbulkan rasa sakit serta merta atau kecederaan pada otot-otot atau urat.

Sebaliknya di kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.

INDIVIDU BERISIKO
Sakit pada bahagian belakang tidak mengenal faktor jantina mahupun usia. Sesiapa juga boleh terdedah kepada sakit belakang sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

* Individu yang lanjut usia berisiko tinggi diserang sakit belakang. Bagaimanapun sekiranya mereka kerap melakukan senaman, otot-otot akan menjadi kuat, keadaan ini boleh membantu merendahkan risiko sakit belakang
.
* Perokok
Mereka yang merokok terdedah kepada sakit belakang kerana bekalan darah ke tulang belakang berkurangan, di samping kekerapan sakit belakang yang dialami agak tinggi.

* Buruh kasar
Mereka juga terdedah kepada sakit belakang kerana melakukan kerja-kerja berat yang boleh mendedahkan kepada kecederaan.

* Pegawai, eksekutif atau ahli korporat yang duduk terlalu lama.
Duduk dalam tempoh yang agak lama boleh menyebabkan tekanan tinggi pada bahagian tulang belakang, rasa sakit ini lebih ketara sekiranya seseorang duduk dalam kereta.

P/s: Dengan rawatan BERBEKAM, ia dapat mengurangkan kesakitan pada saraf dan dapat membantu melembutkan otot-otot bagi melepaskan tekanan pada saraf. 

Jika terlalu sakit, pesakit dinasihatkan supaya menjalani Scan MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk menentukan keadaan sebenar yang berlaku dan rawatan sesuai.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN