Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Thursday, 14 January 2016
On 13:37 by Faiz Al-Hadid in InfoSihat
Setiap hari bermacam ragam & kerenah pesakit, biasanya bila sakit nak minta dirawat & mahu sembuh secepat mungkin. Akan tetapi jangan meminta kesembuhan pada perawat, mintalah pada Allah SWT.
Untuk kesembuhan, amalan bersedekah juga bermanfaat pada kesihatan kita. Kerana bila kita rajin membantu orang yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan membantu kita bilamana kita dilanda musibah.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Prof. Baris K Yoruk dari Universiti Albany-SUNY New York, Amerika Syarikat, amalan bersedekah mengurangkan stres dan membuatkan tekanan darah menjadi normal.
Kajian yang dibuat ke atas sekumpulan individu dari tahun 2001 sehingga 2007 itu mendapati, individu yang sering bersedekah kurang mengalami stres, hipertensi, penyakit sendi artritis dan masalah psikologi berbanding individu yang kurang bersedekah.
“Walaupun perbezaan yang diperoleh tidak begitu besar, namun perbezaan tersebut adalah benar dan kesannya terhadap kesihatan juga adalah terbukti,” kata beliau.
P/s Mereka yang gemar bersedekah bukan sahaja mendapat pahala, malah kesannya dalam menjadikan kesihatan si penderma lebih baik sudah terbukti.