Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Sunday, 14 February 2016
On 09:53 by Faiz Al-Hadid in Bekam
Rasa kebas adalah keadaan tidak normal dan rasa seperti menyucuk yang boleh berlaku dimana-mana bahagian tubuh manusia, selalunya di tangan, kaki, bahu dan lengan. Banyak sebab boleh mengebabkan kebas berlaku seperti duduk terlalu lama, tertidur di atas lengan, atau berada didalam sesuatu keadaan / posisi yang agak lama.
Jika kekebasan kekal dan tiada sebarang punca jelas yang menyebabkannya, ia mungkin simptom penyakit atau kecederaan, termasuk sklerosis atau carpal tunnel syndrome.
FAKTOR PENYEBAB
=================
Banyak punca yang boleh menyebabkan masalah kebas dan ini termasuklah pengambilan ubatan. Punca-punca biasa adalah seperti:
- kurang pergerakan, contohnya duduk atau berdiri dengan posisi yang sama untuk tempoh yang lama
- duduk dengan kaki bersilang
- tertidur di atas lengan.
Keadaan lain yang boleh menyebabkan kekebasan ialah:
- gigitan serangga atau haiwan
- terapi radiasi
- paras vitamin B12 atau vitamin lain, potassium, kalsium atau sodium yang tidak normal
- toksid dari makanan laut
-carpal tunnel syndrome (tekanan pada sistem saraf pada pergelangan tangan)
- kekurangan aliran / bekalan darah di bahagian yang kebas
- kecederaan pada saraf leher dan saraf belakang pinggang
herniated disc pada tulang belakang (keadaan dimana lapisan yang menampung sambungan tulang belakang telah rosak)
- tekanan pada sistem saraf (kemungkinan kerana parut tisu, pembesaran pembuluh darah, jangkitan atau tumor)
- kencing manis
- migrain
-reput fros (disebabkan oleh cuaca sejuk terlampau seperti kawasan bersalji)
kayap
- Fenomena Raynaud (keadaan dimana kekejangan pembuluh darah dan menyebabkan halangan aliran darah)
- Myelitis melintang (keradangan pada saraf tunjang)
- Encephalitis (keradangan pada otak)
- Sclerosis berganda (penyakit autoimun yang mensasarkan otak dan saraf tunjang)
- Hypothyroid
- Sawan
- Pengerasan arteri
- Transient ischemic attack (TIA) (strok kecil)
- Stroke