Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Thursday, 12 May 2016

On 10:39 by Faiz Al-Hadid in ,
Pengubatan bekam telah lama tersebar luas di seluruh dunia. Dari penggunaan tanduk kepada gelas bekam moden. Peralatan & bahan membasmi kuman & bakteria serta mesin sterillzer digunakan.

Dahulu Bekam sering dipandang sebelah mata. Bekam dianggap sudah kuno atau hanya sekadar pengubatan Alternatif. Padahal dunia kedokteran saat ini mulai mempelajari dan membuktikan manfaat bekam.

=======================================
MANFAAT BEKAM UNTUK KESIHATAN

Beberapa manfaat bekam untuk kesihatan kita diantaranya iaitu :

1. Mengeluarkan angin & darah yang tidak mengandungi oksigen (darah kotor) . Iaitu darah yang terkandung racun (toksik) dan darah yang likat. Dengan berbekam peredaran darah menjadi lancar kembali.

2. Memperbaiki fungsi organ tubuh. Bekam dapat memperbaiki fungsi organ tubuh yang terganggu. Iaitu dengan cara memperbaiki jaringan dan sel tubuh sehingga dapat kembali berfungsi dan sihat.

3. Menambah antibodi tubuh. Bekam membantu tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit.

Ketiga manfaat bekam tersebut : mengeluarkan darah kotor, memperbaiki fungsi organ tubuh, dan menambah antibodi membuat bekam dipercayai dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti : gout, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, stroke, sakit gigi, vertigo, sinusitis, jerawat, sembelit, kebas, gastrik, kencing manis, ginjal dan lain lain.

Pengubatan apapun tidak boleh dilakukan secara sembarangan, termasuk bekam. Bekam harus dilakukan oleh orang yang ahlinya.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN