Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Wednesday, 10 August 2016
On 12:00 by Faiz Al-Hadid in InfoBerita
RIO DE JANEIRO: Michael Phelps bangun di sebelah pagi Sukan Olimpik kelimanya dengan kesakitan di sebelah kanan bahu.
Atlet renang berumur 31 tahun itu tidak boleh mengambil sebarang risiko untuk memperlahankan renangan, jadi dia bergegas ke kem jurulatih olahraga Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan terapi bekam yang membantu merehatkan otot dan kesakitan.
"Jurulatih membuatkan saya mengalami beberapa lebam," kata Phelps. Dengan bulatan berwarna ungu di bahu dan belakang, Phelps memberi persembahan mengagumkan bagi membantu kejayaan emas dalam acara 4 x 100 meter berganti-ganti berpasukan, sekali gus kemenangan emas ke-19 dalam kariernya semalam.
Phelps mencatat rekod renang terpantas 47.12s pada pusingan kedua yang membantu pasukan itu mengatasi Perancis. Kejayaan itu turut disiarkan di negaranya AS - meletakkan Phelps kembali ke podium dan pada masa sama menyerlahkan kepada umum keberkesanan rawatan bekam.
Kaedah bekam yang sudah dilakukan sejak berabad lamanya bukan saja digunakan Phelps malah bintang NFL, DeMarcus Ware dan pelakon Gwyneth Paltrow serta Jennifer Aniston turut menggunakan rawatan alternatif ini. - AP