Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Wednesday, 29 November 2017

On 15:42 by Faiz Al-Hadid in , ,

Darah membekalkan otak dan organ-organ badan dengan nutrien dan oksigen yang diperlukan. Jika berlaku masalah peredaran dalam badan, ia boleh menjejaskan fungsi beberapa sistem dalam badan.

Jika ia tidak dirawat dengan segera, ianya boleh membahayakan jantung, otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain.

Peredaran darah yang tidak teratur boleh menjadi kesan daripada beberapa sebab yang berbeza, tetapi yang paling biasa dan umum ialah disebabkan aterosklerosis dan penyakit arteri periferal.

Masalah kesihatan yang lain juga boleh menyebabkan peredaran darah menjadi lemah seperti obesiti, darah beku, kencing manis atau penyakit jantung. Juga minum secara berlebihan, pemakanan yang tidak teratur, merokok dan kehamilan boleh membuatkan anda lebih terdedah kepada keadaan ini.

Jika anda sedar akan beberapa simptom yang menunjukkan kaitan dengan masalah peredaran darah, ketahui punca tersebut dan segera dapatkan rawatan susulan. Pastikan anda berjumpa dengan doktor kerana ini adalah satu keadaan serius yang boleh menyebabkan strok, serangan jantung dan juga kematian.

Berikut adalah 5 tanda AWAL masalah peredaran darah TIDAK LANCAR (lemah) yang patut anda ambil tahu:

1. Kebas kaki dan tangan
2. Bengkak bahagian bawah kaki
3. Letih dan lesu yang berterusan
4. Tangan dan kaki terasa sejuk
5. Sistem imun badan lemah dan penyembuhan luka perlahan

P/s: Berbekam dapat membantu untuk kelancaran aliran darah & memberikan kesegaran tubuh badan anda.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN