Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Friday 22 June 2018

On 12:26 by Faiz Al-Hadid in

Jika anda kerap sakit pada bahagian leher atau bahu, kemungkinan besar gejala yang anda hadapi ini berkaitan dengan otot leher yang terseliuh yang disebabkan oleh posisi tidur yang tidak betul memandangkan anda menjelaskan bahawa ia berasa sakit selepas bangun daripada tidur. 

Ia adalah sesuatu yang dianggap tidak serius tetapi jika terlalu kronik anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih berguna untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Kesakitan tengkuk boleh berlaku di mana sahaja di bahagian leher anda, dari bahagian bawah kepala sehingga ke bahagian bahu. Ia boleh merebak ke bahagian belakang atau lengan. Ia mungkin mengehadkan pergerakan kepala dan leher anda. Kesakitan tengkuk kebiasaannya berlaku pada warga tua, berumur lebih daripada 50 tahun.Leher mempunyai banyak pergerakan dan menyokong berat kepala. Walaubagaimanapun, kerana ia kurang dilindungi berbanding daripada bahagian tulang belakang yang lain, leher boleh terdedah kepada kecederaan dan gangguan lain yang boleh menyebabkan rasa sakit dan menyekat pergerakan.

Bagi kebanyakan orang, sakit leher adalah keadaan yang sementara dan ia akan hilang beransur-ansur. Untuk lain-lain penyebab, ia memerlukan diagnosis dan rawatan perubatan untuk melegakan gejala tersebut.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN