Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Saturday 10 January 2015

On 16:01 by Faiz Al-Hadid in ,

Adakah anda kerap bersin di waktu pagi atau berkali-kali? Mengapa kerap terjadi begini:

Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora,separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Bersin dicetuskan oleh pendedahan mengejut kepada cahaya terang,perut yang agak penuh,atau jangkitan virus,dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.

Bersin biasanya berlaku apabila benda asing atau pencetus luaran yang cukup melalui bulu hidung untuk sampai ke hingus hidung.ini mencetus pengeluaran histamine,yang menganggu sel saraf dalam hidung,menyebabkan isyarat dihantar ke otak bagi memulakan bersin melalui jaringan saraf trigemal.Otak kemudian mengaitkan isyarat awal ini,mengaktifkan otot pharynx dan tracheal dan membuka luas rongga hidung dan mulut,menyebabkan pembesaran udara dan zarah biologi yang kuat.

Bersin juga boleh dicetuskan oleh penggalak saraf hidung yang disebabkan oleh:
  • Elergik/habuk
  • Debu
  • Kutu haiwan
  • Debunga
  • Kulat
  • Jangkitan virus
  • Selesema
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Bahan iritasi kepada hidung
  • Bedak
  • asap
  • Bau yang kuat
Selain itu,bersin juga disertai dengan gejala seperti:
  • Sakit kepala
  • Hidung tersumbat
  • Sesak nafas
  • Mata gatal
  • ruam badan dan 
  • Demam
Rawatan menghilangkan punca bersin adalah dengan Antihistamina digunakan sebagai rawatan pertama untuk bersin disebabkan alergi. Semburan hidung dari ubat steroid boleh digunakan untuk penyakit kronik.Nasal decongestants boleh memberi kelegaan sementara,tetapi kegunaan berpanjangan boleh menyebabkan gejala lebih teruk. Atau anda juga boleh mencuba RAWATAN RESDUNG/ BUANG LENDIR MUKUS HANYA RM 20 SAHAJA di Pusat Rawatan kami.


InfoSihat: Bersin merupakan mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 km/jam.

Dalam Syarh Riyadhus Shalihin, Syekh Utsaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh. ~ Untuk itu, setelah bersin, sejatinya membaca hamdalah sebagai bukti syukur kepada Allah SWT. 

Rasulullah S.A.W bersabda, "Jika salah seorang di antara kalian bersin, ucapkan ALHAMDULILLAH (Segala Pujian Bagi Allah). Dan hendaklah orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan YARHAMUKALLAH (Semoga Allah Merahmatimu). 
Dan orang yang bersih tadi membaca doa YAHDIKUMULLAHU WA YUSHLIHU BALAKUM (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu)." (HR Bukhari).

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN