Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Showing posts with label Resdung. Show all posts
Showing posts with label Resdung. Show all posts

Friday, 13 May 2016

On 10:42 by Faiz Al-Hadid in

Pendarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.

Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:

→ Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering.

→ Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus

→ Selesema dan flu

→ Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)

→ Hidung terhantuk/trauma

→ Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)

→ Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)

→ Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)
=======================================
TIPS RAWATAN PENDARAHAN HIDUNG BERLAKU

1. Beri tekanan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan rawan hidung dan tulang.
2. Tekanan diberi di bahagian rawan. Beri tekanan secara berterusan selama 10 minit.
(Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa).

Wednesday, 25 February 2015

On 13:22 by Faiz Al-Hadid in

Kahak adalah terhasil daripada tindakbalas mukus atau rembesan dalam saluran pernafasan (paru-paru) terhadap kuman atau bendasing bagi melawan jangkitan. Secara semulajadi saluran pernafasan bermula daripada rongga hidung hingga ke saluran paru-paru permukaan mukosa sentiasa menghasilkan mukus atau rembesan yang bertindak sebagai penapis untuk pertahanan daripada penyakit. 

Apabila berlaku keradangan atau jangkitan mukus menjadi pekat dan dipanggil kahak. Tubuh akan mengeluarkan kahak tersebut dengan cara batuk. Kahak adalah terhasil daripada paru-paru dan berbeza daripada cairan/lendir hidung (hingus) yang terhasil apabila mengalami selsema atau resdung. Walau bagaimanapun lendir yang mengalir ke belakang tekak akibat resdung/sinusitis atau selsema ini turut menyumbang kepada pembentukan kahak di bahagian paru-paru.

Penyakit berkaitan kahak terbahagi kepada dua jenis iaitu kahak berunsur alahan dan kahak disebabkan jangkitan kuman daripada sinus.

“Jerebu, habuk, asap rokok serta alahan menjadi penyebab kehadiran kahak yang lazim bagi penduduk di negara bercuaca panas seperti Malaysia.

Bagi sinus akut, ia terjadi apabila terdapat bakteria pada lendir kahak dan jika dibiarkan akan menyebabkan kahak tersebut berbau. Warnanya juga berubah menjadi hijau atau kuning.

PETUA HILANGKAN BATUK KAHAK
Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan. Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Minum setiap pagi dan malam.

Fakta: Sebenarnya tiada istilah resdung dalam perubatan moden. Orang dulu memanggil resdung adalah daripada perkataan RESAH HIDUNG = RESDUNG

Saturday, 10 January 2015

On 16:01 by Faiz Al-Hadid in ,

Adakah anda kerap bersin di waktu pagi atau berkali-kali? Mengapa kerap terjadi begini:

Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora,separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Bersin dicetuskan oleh pendedahan mengejut kepada cahaya terang,perut yang agak penuh,atau jangkitan virus,dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.

Bersin biasanya berlaku apabila benda asing atau pencetus luaran yang cukup melalui bulu hidung untuk sampai ke hingus hidung.ini mencetus pengeluaran histamine,yang menganggu sel saraf dalam hidung,menyebabkan isyarat dihantar ke otak bagi memulakan bersin melalui jaringan saraf trigemal.Otak kemudian mengaitkan isyarat awal ini,mengaktifkan otot pharynx dan tracheal dan membuka luas rongga hidung dan mulut,menyebabkan pembesaran udara dan zarah biologi yang kuat.

Bersin juga boleh dicetuskan oleh penggalak saraf hidung yang disebabkan oleh:
  • Elergik/habuk
  • Debu
  • Kutu haiwan
  • Debunga
  • Kulat
  • Jangkitan virus
  • Selesema
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Bahan iritasi kepada hidung
  • Bedak
  • asap
  • Bau yang kuat
Selain itu,bersin juga disertai dengan gejala seperti:
  • Sakit kepala
  • Hidung tersumbat
  • Sesak nafas
  • Mata gatal
  • ruam badan dan 
  • Demam
Rawatan menghilangkan punca bersin adalah dengan Antihistamina digunakan sebagai rawatan pertama untuk bersin disebabkan alergi. Semburan hidung dari ubat steroid boleh digunakan untuk penyakit kronik.Nasal decongestants boleh memberi kelegaan sementara,tetapi kegunaan berpanjangan boleh menyebabkan gejala lebih teruk. Atau anda juga boleh mencuba RAWATAN RESDUNG/ BUANG LENDIR MUKUS HANYA RM 20 SAHAJA di Pusat Rawatan kami.


InfoSihat: Bersin merupakan mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 km/jam.

Dalam Syarh Riyadhus Shalihin, Syekh Utsaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh. ~ Untuk itu, setelah bersin, sejatinya membaca hamdalah sebagai bukti syukur kepada Allah SWT. 

Rasulullah S.A.W bersabda, "Jika salah seorang di antara kalian bersin, ucapkan ALHAMDULILLAH (Segala Pujian Bagi Allah). Dan hendaklah orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan YARHAMUKALLAH (Semoga Allah Merahmatimu). 
Dan orang yang bersih tadi membaca doa YAHDIKUMULLAHU WA YUSHLIHU BALAKUM (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu)." (HR Bukhari).

Saturday, 18 October 2014

On 18:00 by Faiz Al-Hadid in ,

Alhamdulillah, ramai yang datang pada malam semalam untuk mendapatkan Rawatan Ruqyah As-Syifa dan Resdung.

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan pada mereka.

P/s: Pastikan sila buat temujanji melalui terlebih dulu sebelum datang untuk membuat rawatan.

Gallery

TreatmentRoom Sterile Disposable AhliPerhijam
Customer 1 Customer 2 Customer3

AFFILIATE ALHADID BEKAM

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN