Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Wednesday 25 February 2015

On 13:22 by Faiz Al-Hadid in

Kahak adalah terhasil daripada tindakbalas mukus atau rembesan dalam saluran pernafasan (paru-paru) terhadap kuman atau bendasing bagi melawan jangkitan. Secara semulajadi saluran pernafasan bermula daripada rongga hidung hingga ke saluran paru-paru permukaan mukosa sentiasa menghasilkan mukus atau rembesan yang bertindak sebagai penapis untuk pertahanan daripada penyakit. 

Apabila berlaku keradangan atau jangkitan mukus menjadi pekat dan dipanggil kahak. Tubuh akan mengeluarkan kahak tersebut dengan cara batuk. Kahak adalah terhasil daripada paru-paru dan berbeza daripada cairan/lendir hidung (hingus) yang terhasil apabila mengalami selsema atau resdung. Walau bagaimanapun lendir yang mengalir ke belakang tekak akibat resdung/sinusitis atau selsema ini turut menyumbang kepada pembentukan kahak di bahagian paru-paru.

Penyakit berkaitan kahak terbahagi kepada dua jenis iaitu kahak berunsur alahan dan kahak disebabkan jangkitan kuman daripada sinus.

“Jerebu, habuk, asap rokok serta alahan menjadi penyebab kehadiran kahak yang lazim bagi penduduk di negara bercuaca panas seperti Malaysia.

Bagi sinus akut, ia terjadi apabila terdapat bakteria pada lendir kahak dan jika dibiarkan akan menyebabkan kahak tersebut berbau. Warnanya juga berubah menjadi hijau atau kuning.

PETUA HILANGKAN BATUK KAHAK
Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan. Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Minum setiap pagi dan malam.

Fakta: Sebenarnya tiada istilah resdung dalam perubatan moden. Orang dulu memanggil resdung adalah daripada perkataan RESAH HIDUNG = RESDUNG

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN