Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Friday, 27 March 2015

On 13:05 by Faiz Al-Hadid in


SEJAUH mana anda menyedari kepentingan ujian saringan dan menjalani pemeriksaan itu? Kebanyakan orang kurang sedar malah ada segelintir tidak tahu langsung apakah itu ujian saringan dan keperluannya dalam memelihara kesihatan.

Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit kronik bagi memudahkan pencegahan dan rawatan.

Ujian saringan terbahagi kepada banyak jenis dan satu daripadanya yang sering digalak serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah Ujian Saringan Kardiovaskular. tiga ujian iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit-penyakit kronik berkaitan jantung.

Pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit darah tinggi atau darah rendah, kandungan gula dalam darah bagi kencing manis dan paras kolesterol dalam darah untuk memastikan tahap kolesterol seseorang.

Tempoh ujian saringan hanya beberapa minit namun keputusan tepatnya akan diperoleh dalam jangkamasa kira-kira seminggu jika dijalankan di hospital, klinik dan makmal swasta serta sebulan di klinik kerajaan.

P/s: Sebelum dibekam, kebiasanya pihak kami akan meminta/menanyakan mengenai pemeriksaan kesihatan pesakit agar lebih mudah untuk kami memberikan rawatan jika ada pesakit yang kronik.

P/s/s: Jika bershopping atau servis kereta kita boleh berbelanja boros tetapi untuk kesihatan kita jangan terlalu sayang sangat untuk keluarkan wang bagi rawatan atau pemeriksaan kesihatan kita. Jasad kita adalah amanah Allah yang perlu kita jaga.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN