Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Thursday, 22 October 2015
On 11:44 by Faiz Al-Hadid in Bekam
Hari ini membekam pesakit yang menghidap penyakit gangren di bahagian kaki. Sebelum ini pesakit mengadu terasa mencucuk & kerap sakit pada bahagian tersebut.
Setelah dibekam, darah terlalu likat (jelly). Aliran darah tidak lancar, InsyaAllah dalam 2 minggu pesakit sudah booking utk slot rawatan susulan.
Gangren adalah keadaan di mana kawasan tertentu ditubuh berlaku kematian dan kemerosotan. Ini biasanya disebabkan oleh penurunan atau kehilangan bekalan darah ke kawasan tersebut. Gangren juga boleh disebabkan oleh kecederaan, jangkitan atau komplikasi yang telah berlaku dalam jangka panjang. Komplikasi ini mungkin telah menyebabkan peredaran darah mengalami pelbagai masalah yang membawa kepada gangren. Gangren cenderung untuk mengambil tempat dalam anggota badan dan bahagian anggota badan yang gangren kerap berlaku termasuk jari jari serta kaki dan tangan . Dalam sesetengah kes, ia juga memberi kesan kepada otot dan organ-organ dalaman.
P/s: Bagi mereka yang ingin tahu, perkataan “gangrene” berasal dari gangreana (perkataan Latin) dan gangraina (perkataan Yunani). Kedua-dua perkataan ini bermakna “penyucian tisu”.
PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN
Search
PAGESVIEWS
124,678
ARTIKEL TERKINI
- 18.02.2019 - Comments DisabledSedikit perkongsian, berikut fakta mengagumkan tentang darah kita bila dicampurkan dengan air, minyak,…
- 29.11.2014 - Comments DisabledDato Raymond mempunyai masalah keguguran rambut, dia mendapat tahu bahawa sahabat beliau yang…
- 04.06.2015 - Comments DisabledBerita sedih pagi ini adalah pemergian Grand Master ODT, Ustaz Azib Susiyanto.Pemergian beliau merupakan…