Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Thursday, 2 June 2016

On 22:20 by Faiz Al-Hadid in , ,

Boleh ke berbekam ketika puasa? tak batal puasa ke? Soalan yang sering kali ditanya oleh pesakit/pelanggan di saat tiba bulan Ramadhan.

Dari Ibnu ‘Abbas, sesungguhnya Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam berbekam ketika beliau melakukan ihram dan ketika sedang puasa. (HR. Bukhari)

Maka dibolehkan berbekam mengikut keperluan pada waktu berpuasa.
Jika berbekam menyebabkan tubuh badan anda menjadi lemah maka boleh dielakkan berbekam ketika anda sedang berpuasa.

Tahukah anda, Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN