Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Sunday, 16 July 2017
MENGAPA PERLU BERCUKUR
Tahukah anda (pembekam) jika tidak mencukur tempat/point di kepala, bimbang pelanggan/pesakit anda mempunyai penyakit jangkitan kulat pada kepala.
Jangkitan kulat pada kulit kepala biasanya dipanggil tinea capitis atau kurap kulit kepala. Ia adalah jangkitan kulat di folikel rambut kulit kepala dengan penglibatan jangkitan di batang rambut.Ia disebabkan oleh spesies kulat dalam genera kulat Microsporum dan Trichophyton.
Jenis-jenis kulat yang menjangkiti kulit kepala adalah : Microsporum spesies, Microsporum canis, Trichophyton species, Trichophyton schoenleinii, Trichophyton tonsurans, Microsporum canis,
Kebanyakkan jurubekam Hospital di Riyadh, mencukur sedikit pada bahagian yang mempunyai bulu roma atau rambut untuk proses membekam, bagi mengelakkan penyebaran jangkitan pada folikel rambut kulit kepala dengan penglihatan jangkitan di batang rambut dan mudah untuk membersihkan darah jika meletakkan pada rambut.
Namun terpulang pada anda (pelanggan) untuk memilih cara berbekam di kepala samada bercukur atau cara moden tanpa perlu bercukur.
KELEBIHAN BERBEKAM DI KEPALA
Nabi bersabda bahawa barang siapa berbekam di puncak kepala, maka akan menghilangkan 72 penyakit. Biasanya sebelum berbekam , saya selalu menerangkan kepada setiap pesakit untuk mencuba bekam kepala. Tapi disebabkan takut kena cukur, kebanyakan pesakit menolak point Nabi ini. Antara kelebihan di puncak kepala:
1) Dapat meningkatkan daya ingatan dan memori.
2) Dapat menajamkan penglihatan dang mengurangkan rabun.
3) Dapat menyembuhkan masalah saka dan sihir
4) Dapat menyembuhkan sihir santau
5) Mampu menyembuhkan masalah stroke.
Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat hadits pernah berbekam di titik kepala :
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ فِي رَأْسِهِ
Dari Ibn Abbas r.a, bahwa Rasulullah pernah dihijamah di kepala beliau.
عن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم احتجم وهو محرم في رأسه من داء كان به
“Dari Ibnu Abbas, bahwa Rasulullah meminta hijamah di kepala ketika beliau sedang ihram, kerana sakit yang beliau alami di kepala.”*)
(Shahih Bukhari – Bab Bekam di Kepala)
عن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم احتجم وهو محرم في رأسه من داء كان به
“Dari Ibnu Abbas, bahwa Rasulullah meminta hijamah di kepala ketika beliau sedang ihram, kerana sakit yang beliau alami di kepala.”*)
Sunan Ibnu Majah, Kitabul-Manasik, 1836. Hadits shahih.