Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)
Friday, 7 July 2017
Kebanyakkan orang pasti takut atau "seriau" bila terdengar nak buat pakai jarum. Pasti ingat jarum macam kena suntikan di hospital. Sebenarnya jarum bekam TIDAK SAKIT, macam kena gigit semut je. (POSITIFkan Minda Anda)
Jika dilaraskan kedalaman pen bekam dengan betul mengikut tahap keselesaan atau kondisi kulit pelanggan serta tidak memberikan tekanan yang kuat ketika melakukan tusukan pada bahagian yang dibekam. Pasti ia akan mengurangkan rasa sakit ketika dibekam.
Selain itu juga, amat digalakkan memilih saiz jarum yang sesuai ketika melakukan tusukan untuk mengeluarkan darah. Ia juga akan membantu mengurangkan rasa kesakitan.
JARUM BEKAM dan JARUM SUNTIKAN adalah berbeza daripada saiznya dan kegunaannya.
JARUM BEKAM
• Gunakan untuk saraf kapilari
• Hanya dipermukaan lapisan kulit
• Kedalaman hanya 1-2mm
• Saiz yang kerap digunakan 21G - Tubuh Badan
• Saiz yang kerap digunakan 23G atau 26G - Muka
* Jika saiz 28 atau 30G lebih halus & tajam - Lebih sesuai digunakan untuk blood test/pemeriksaan darah.
JARUM SUNTIKAN
• Digunakan pada saraf vena.
• Saiz 25-27 gauge needle 3/8 to 5/8 inches long (Dewasa & Kanak-kanak)
Untuk menjawab persoalan kita harus lihat dahulu anatomi kulit di bwah ini. Ketebalan kulit(epidermis + dermis) pada setiap bahagian badan, orang & usia adalah berbeza². Kulit paling tipis di bhg kelipok mata lebih kurang 0.5mm. Paling tebal pada bahagian tapak kaki(tumit) boleh mencecah sehingga 5mm. Bahagian belakang orang dewasa dianggarkan mempunyai ketebalan kulit antara 1.6 - 3 mm. Jarak drp permukaan kulit ke lapisan papilari(bahagian atas dermis) tempat di mana cecair mengandungi CPS berkumpul & sejumlah kapilari (subpapillary plexus) berada, lebih kurang 1.2 - 2.2mm.
Sebab itulah kedalaman tusukan jarum atau sayatan pisau dicadangkan sedalam 1- 2mm (berdasarkan bhg tubuh) agar cecair intertitial mengandungi CPS pada dermal papilae dpt disedut sebanyak mungkin ke permukaan kulit. Sejumlah darah yg keluar drp kapilari² pecah bercampur dengan sejumlah cecair mengandungi CPS memang tidak dapat dielakkan berikutan jarak antara dermal papillae dgn gugusan kapilari yg terlalu hampir.
Credit: Medic Sabri
Ref: Prof. Ernest, 2018
https://socratic.org/…/does-anyone-know-how-thick-the-skin-…