Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Wednesday 12 September 2018

On 20:53 by Faiz Al-Hadid in

Minggu ini ramai yang datang membuat rawatan untuk penyakit ini, Alhamdulillah dengan kekerapan berbekam, ia dapat membantu dalam proses rawatan serta ubah gaya hidup dan jangan abaikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.

Tahukah kita bahawa 80% daripada serangan strok dapat dicegah?

Apakah yang dapat kita buat bagi mengelak serangan strok?
1) Kawal tekanan darah sekiranya kita mempunyai penyakit darah tinggi. Setiap hari, pantau tekanan darah dan makan ubat yang diberi. Jangan mengatur sendiri ataupun berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor.
2) Berhenti merokok! Perokok terdedah kepada risiko serangan strok dua kali ganda berbanding bukan perokok.
3) Kekalkan berat badan yang sihat.
4) Diet sihat dan seimbang.
5) Penghidap kencing manis perlu mengawal pengambilan gula secara optimum.
6) Dapatkan pemeriksaan bagi degupan jantung yang tidak normal.
7) Bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif.
8) Elak atau kurangkan pengambilan alkohol.
9) Amalkan berbekam, urutan serta refleksologi.

SEBELUM MEMBUAT RAWATAN
=======================
Sekiranya anda mempunyai kad perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa untuk rujukan kami dan sila maklumkan jika anda sedang mengambil sebarang ubat-ubatan. Kesemua maklumat ini sangat penting dan membantu untuk merawat anda sebaik mungkin.

Jika anda baru makan ubat, sebaiknya selepas 8 jam baru boleh buat rawatan. (Kerana ia akan mempengaruhi kesan ubat dari segi proses penyerapan, pengedaran, metabolisme dan penyingkiran ubat daripada badan)

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN