Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Sunday, 2 September 2018

On 13:04 by Faiz Al-Hadid in ,


Semalam menonton filem, ada slot lakonan bilamana Ustaz Adam (Syamsul Yusof) memberitahu Azman (Fizz Fairuz), bagaimana Sakinah (Maya Karin) boleh dirasuk begitu. Maka ini jawapan Ustaz Adam;

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya jin & syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. Aku khawatir sekiranya syaitan itu menyusupkan kejelekan dalam hati kalian berdua.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 3281 dan Muslim no. 2175).

Jin mempunyai keupayaan untuk masuk ke pembuluh darah yang mempunyai sifat seperti darah yang dapat mengalir ke tubuh. Jin juga boleh membisik-bisik, menghasut, dan membakar hati manusia supaya menuruti hawa nafsunya. Jin menyusup melalui peredaran darah untuk mengganggu mekanisme tubuh dan jin menguasai frekuensi gelombang otak untuk mempengaruhi sistem saraf yang berkaitan dengan fikiran, emosi, dan gerakan.

Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.

P/s: BEKAM JUGA BOLEH MERAWAT PENYAKIT SIHIR (DARI SUDUT RAWATAN ISLAM) DENGAN IZIN ALLAH
LIKE us : www.facebook.com/alhadidbekamcentre
FOLLOW us : www.instagram/alhadidbekamcentre

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN