Tarikh Terbaik Untuk Berbekam Adalah Pada 17, 19 Dan 21 Bulan Hijrah.(Kalendar Islam)

Sunday 30 December 2018

On 10:29 by Faiz Al-Hadid in ,

Sakit yang dirasai di bahagian kepala (dahi ke tengkuk) dan boleh berlaku pada semua peringkat usia. Sakit kepala ada 6 bahagian titik utama untuk berbekam bergantung pada tahap sakit kepala seseorang.

Proses bekam di kepala, ada yang perlu digunting sedikit & ada bahagian yang tak perlu digunting@dicukur. Ia bagi mengelakkan jangkitan bakteria dan memudahkan proses pembersihan.

Adakalanya pelanggan mempunyai kulit kepala yang kronik kelemumur, berjerawat & berkulat.

Di AL-HADID BEKAM CENTRE, tidak menggunakan mesin sedut bekam (suction machine) demi kebersihan serta memudahkan proses berbekam.

P/s: Jika sakit kepala yang berpanjangan dan berulang sehingga mengakibatkan gangguan kepada aktiviti harian perlu melakukan pemeriksaan segera dengan doktor untuk mengenalpasti punca dan rawatan selanjutnya.
=======================
SEBELUM MEMBUAT RAWATAN
=======================
Sekiranya anda mempunyai kad perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa untuk rujukan kami dan sila maklumkan jika anda sedang mengambil sebarang ubat-ubatan. Kesemua maklumat ini sangat penting dan membantu untuk merawat anda sebaik mungkin.

Jika anda baru makan ubat, sebaiknya selepas 8 jam baru boleh buat rawatan. (Kerana ia akan mempengaruhi kesan ubat dari segi proses penyerapan, pengedaran, metabolisme dan penyingkiran ubat daripada badan)

PENJELASAN BEKAM DARI SUDUT MEDIK MODEN